Archive for December, 2009

Pertunangan Arnieda

December 24, 2009

Assalamualaikum,

Baru nak upload gambar Arnieda. Ini je yang sempat aku letak dalam blog aku ni. Sekarang tengah bikin dia punya album. Alhamdulillah, rezeki bulan 12 ni melimpah-melimpah..maklumlah ramai yang pilih hujung-hujung tahun nak kawin atau bertunang. Yang mencabarnya, bulan Disember ni selalu hujan.. cuaca pun mendung je. Jadi kebanyakan fotografer shoot outdoor dalam bangunan je lar.. kira indoor la kan?

Masa shoot Arnieda ni paling mudah kerja aku sebabnya dia mmg pandai nak pose..nak plak adik dia Amira dan member dia kot. Tiga-tiga suka bergambar.. aku tak payah nak suh diaorg ni pose..any way you girlss are rawk.. senang keje den.

Kalau ada masa lagi aku upload gambar diaorg kat sini. Sila lar menjamu mata.






Arnieda Engagement Teaser

December 6, 2009

Selamat Pagi Cikgu..

December 2, 2009

Assalamualaikum..

Entry aku kali ni pun pasal konvo gak, pasal sepupu wife aku ni grad diploma KPLI J-QAF minggu lepas. Majlis berlangsung di Dewan Sri Siantan Perbadan Putrajaya dan ada 2 sesi pagi petang. Masa ni pun aku off day, so takde apa nak buat gi lar mengofferkan diri jadi tukan amik gambar. Aku pernah apply KPLI sebelum-sebelum ni, tapi takde rezeki aku…tahun ni plak MOE tak iklan kan pengambilan untuk tahun depan sebab diaorang nak serapkan calon simpanan yang ada.

Aku pernah jadi cikgu..cikgu ganti ngan cikgu sandaran.. bukannya sandarkan pada kenangan lagu Jamal Abdillah tu. Aku keje masa semester break dan masa aku lepas grad..masa tu nak dapat keje dalam bidang IT memang susah. So keje lar mana2 dulu..Aku mengajar sekolah rendah je. Subjek pun yang senang-senang macam BM ngan lukisan..hehe, kacang kan. Yang paling mencabar sekali masa aku mengajar murid-murid pendidikan khas.. Memang mudah sebab ko ulang lar ABC 123 tu berminggu-minggu, tapi kena sabar..macam-macam kerenah. Kalau tak monitor, silap-silap keluar ke jalanraya, panjat pokok, panjat bangunan sekolah.

Orang kata mudah jadi cikgu ni, sebenarnya tidak. Waktu kerja pun setengah hari. Kalau takde intention nak mendidik anak bangsa kita ni, baik cari keja lain yang boleh masuk kepala. Cikgu ni bukannya mengajar je.. prestasi murid-murid kena monitor, tingkah laku, makan minum..pastu perancangan mengajar, prepare kertas soalan, ko-kurikulum, handle acara-acara tahunan sekolah. Banyak kan..Itu tak termasuk masalah ibubapa murid-murid. Itu tak boleh ini tak boleh..tapi nak anak jadi pandai. Cuit sket dah nak saman naik Court. Sebab tu murid-murid sekarang dah kurang rasa hormat pada guru-guru. Dulu aku sekolah kat sekolah mak aku mengajar. Zaman tu tak kira lar ko anak sape pun, bila dah buat salah, tetap kene rotan. Aku memang ingat lagi Cikgu Bahasa Inggeris masa darjah Tiga, kalau waktu dia je memang satu kelas ketar lutut. Kalau salah je kat latihan yang dia bagitu tu..perghh tadah tangan aje lar.. zasss ngan rotan halus dia..

Ok lar, macam dah lama je aku menaip ni. Enjoy..













Switch to our mobile site