Archive for October, 2009

Double Celebration 2009

October 27, 2009

Assalamualaikum..

Semalam aku amik cuti sempena anniversary aku yang ketiga dan yang specialnya aku ngan wife aku celebrate skali Hadif’s 1 year birthday. Hadif lahir pada tarikh sama aku bernikah,  so memang celebrate sekali lar.. bagus jugak kan, lepas2 ni suh wife aku lahirkan anak 27/10 gak lar.. hahaha. For his first birthday, aku tak plan nak buat birthday party pun untuk dia.. Hadif pun tak reti nak tiup lilin lagi..kalau tepuk amai-amai diatau lar,  immediately akan tepuk tangan bila dengar lagu tu.. So wife aku punye idea, dia gi tempah cup cake pastu gi jalan2 kat Aquaria.. Bagus gak lar, sebab aku pun tak penah gi sana lagi.. Memang best lar Aquaria ni, cuma aku rasa tak puas sebab kecik sangat. Kalau besar lagi Aquaria ni mmg best lar aku rasa.. Sape yang tak pernah gi lagi, baik pegi.. memang terbaik lar.




Muka blur first time tengok cup cake ngan candle.

Apa jugak lah Ibu aku ni buat….

Jakun sekejap sebab tengok fish kat aquarium besar..  Aku pun sama gak sebab first time tengok piranha.. hahaha.



Aku bukan je jadi jakun dah masa ni..perak pun ada sebab besar tak hengat ikan arapaima ni..






Hadif ngan finding nemo nya

Korang bayangkan lar ikan siakap ni dibuat masak pedas. slruppp

Tengah promote kat bapak ngan ibu dia suh beli keta..mengeluarkan skill muka seposen dengan harapan mendapat simpati..

Impian musnah pabila ibunya pula ingin membeli handset baru.. jadi present kene tunggu tahun depan lar…

Amira & Rahman Solemnisation

October 14, 2009

Aku rasa sekejap je raya tahun ni. Pejam celik dah nak habis bulan Syawal. Tapi bulan Syawal ni jugaklah ramai orang ambil peluang nak kahwin. Kalau buat kenduri tu kira lumsum sekali ngan open house. Trend macam ni dah jadi kebiasaan, tapi ada jugak yang aku dengar cerita dari mak andam masa puasa haritu pun ada yang bernikah. Sebabnya nak dapatkan tarikh yang cantik. Korang sendiri komen dalam hati aje lar yek..

Aku suka shot diaorang ni sebabnya diaorang senang nak senyum dan sememangnya bagi full commitment kat aku. Sonang kojo den termasuklah kawan-kawan Amira yang suka bergambar. Korang memang rawk. Thanks to Cot sebab kawankan aku masa shot nikah diaorang ni.

Lupa plak sorry to visitors yang nak tengok blog aku ni 2 3 hari lepas sebab domain aku down. So sekarang dah ok boleh lah chill ngan gambar 2 ni. Video clip nanti aku update.












Exam..exam..exam..

October 6, 2009

Salam..

Selepas raya ni dah mula serabut balik kepala aku dengan exam.. nak kena renew cert aku. Kalau dah expired naka kena start amik dari mula plak. Haish.. masa dah suntuk sangat ni. Blog aku ni pun tak update dah, gambar Hadif pun banyak yang tak upload. Ni aje lar yang sempat aku upload. Ok bye.

Before charging the battery..

After charging….

Switch to our mobile site