Archive for September, 2009

Selamat Hari Raya

September 14, 2009

Assalamualaikum..

Selalunya dah dekat Hari Raya ni, mood nak bekerja dah kurang. Dalam kepala dah terpikir macam2..Antaranya, kuih raya, baju raya baru, keta baru, sport rim baru, camera baru, lens baru..haish..macam2 lagi lar. Kalau makanan tu dah terbayang lemang, ketupat, masak lodeh, rendang… siap dah plan raya pertama nak makan apa dulu. Minggu2 terakhir ni plak selalunya orang sibuk kemas umah, cat umah, cat pagar kasi nampak baru. Yang nak balik kampung plak, gi hantar service keta, tukar minyak hitam, timing belt, tayar.. ada jugak yg gatal tukar sport rim, sistem audio pasang tinted.. gara-gara hari raya punye pasal. Mana2 yang terlebih duit, tukar keta baru terus..less maintenance katanya..

Kuih raya sekarang ni banyak yang kuih tunjuk je..gi je pasar atau kedai, tunjuk je kuih mana nak semua dah siap. Tak payah pening2 nak buat kuih. Kalau kat ofis tu, lagu raya dah pasang dari pagi sampai la ke petang. Ulang la 1000 kali pun tak jemu2.. Ada plak yang dah mula cuti awal sebab nak elak dari traffic jam..selalunya kat PLUS highway..tapi aku suka balik kampung ikut jalan lama lagi, baru ada feel balik raya. Lagi satu tak mengantuk ngan jemu bila ikut jalan lama ni.

OK lah, sempena Hari Raya ni, aku nak mohon maaf kalau terkasar bahasa atau tersalah kata kat kawan2 aku semua yang aku kenal atau pun tidak. Drive safely and play mercun carefully. Peace..

Aktiviti Bulan Puasa

September 3, 2009

Salam semua…

Erm..dah 13 hari berpuasa. Tinggal lebih kurang 2 minggu lagi nak raya. Tahun ni aku raya Muar lagi lah. Dah tiga tahun nampaknya raya kat sana sebab tahun ni parents aku nak beraya kat Jepun nak gi beraya ngan adik aku yang tengah study kat sana. Takpe-takpe..untuk raya yang akan datang aku cover la balik. Kasi chance dulu..

Masa bulan pose ni, takde lar nak buat aktiviti amik gambar kat luar tu.. bukannya apa, aku ni cepat haus. tercabar plak iman karang.. jadi baik duk umah. shot je kat dalam umah. Masa ni lah nak try main ngan off camera flash.. Hasilnya tak la bagus sangat.. kene study lagi. Apa-apa pun korang boleh comment utk aku improve lagi nex time… Chiawwww.

Switch to our mobile site