Archive for July, 2009

Juwita & Qamal

July 31, 2009

Korang pernah dengar nama Kabir Bhatia? Mungkin ada yang tak kenal.. Ini lah pengarah filem yang aku paling minat. Antara filem yang dia dah buat CINTA dan SEPI. Termasuk drama siri popular kat TV3 Manjalara dan yang tengah HOT..Nur Kasih. Drama siri yang aku tak boleh miss. Mesti korang perasan kelainan dalam filem dia dengan filem-filem tempatan yang lain. Sebab apa? Dia memiliki imaginasi, pandangan sudut yang kreatif dan berbeza. Kalau fotografer dan videografer mesti mesti minat dengan setiap angle yang dia shot. Lepas tu setiap shot dia memang ada feel even scene tu takde dialog. Terbaru filem action comedy Setem.. aku tak tengok lagi. Aku tolong promote sket lar..

Ok this time couples that I shot for thephotolicious. Both of them are great, easy to work with… but we don’t have much time to shot at other place. Here are the few shots from me.

Shots for thephotolicious
Captured by Helmi

Bagi kaki-kaki bola, peminat-peminat EPL pastinya dah tau kehadiran MU ke Malaysia sempena jelajah Asia 2009. Ramai yang berebut-rebut beli tiket dan sememangnya tiket yang telah dikuarkan sebanyak 80 ribu SOLD-OUT. Tak seperti tiket-tiket bagi perlawanan liga Malaysia yang tak pernah SOLD-OUT kecuali game final, itu pun bergantung pada team negeri mana yang bertanding. Tak lepas juga pas latihan yang diberi PERCUMA kepada pembeli-pembeli tiket habis DIJUAL.

Dan aku…….salah seorang pembeli tiket percuma ni. Walaupun aku ni bukannya penyokong MU, walaupun aku pakai baju MU yg dibeli oleh adik aku kat jepun, walaupun aku sokong CHELSEA..aku tetap gak nak datang. sebabnya aku nak shoot gambar diaorang lar… bukannya senang nak dapat shoot. Kalau setahun sekali datang Malaysia takpelah kan.

Aku bangga dengan pemain Malaysia untuk perlawanan pertama ni. Dengan keputusan 3-2 bagi aku dah agak baik..walaupun Malaysia ni sentiasa tewas kat negara jiran sendiri seperti Thailand, Singapura dan Indonesia. Memandangkan penjelajahan ke Indonesia dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan ATAUPUN, Sir Alex Ferguson tak puas hati ngan pemain Malaysia, perlawanan kedua akan diadakan pada hari Isnin 20 Julai 2009. Adakah Malaysia akan menewaskan MU?? Jadi kita tunggu ajelah.. korang layan je dulu gambar yang tak seberapa ni.

Salam,

Dah lama gak sebenarnya aku tak shoot. Asyik simpan je camera aku dalam beg buat tukun. Untuk menghilang kan rasa gelisah yang dah dapat dikawal ni aku join job terakhir member aku Amm yang akan berhijrah ke benua lain.. sob sob sob. Pukul 8 Kerul pick-up aku kat umah, sebab aku baru balik keje malam.. mata pun bengkak je pegi shoot pagi tu. Breakfast kat Bangi jap then kita orang gerak ke Pokok Besar. Memang dah lama aku mengidam nak shoot kat sini..dengan adanya brader Zayd yang sedang HANGAT sekarang ni dapat gak kita orang shoot kat sini.. kalau tak kene halau dah. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik.. memang tak mengantuk langsung aku sampai tengahari.. Fairuz ngan Sobrina pun sporting, senang nak keje ngan diaorang ni. Buat korang berdua semoga berjaya dan berbahagia hendaknya. Untuk Amm, sob sob sob… ada masa balik sini jangan lupa roger2 geng Bangi.. Alright.

.: Gambar nanti aku upload lagi yek. Tak sempat nak edit, laptop aku kene re-format.. :(

Salam semua..

Sorry lar lambat update couple ni punye entry…dah sebulan dah dalam hardisk aku. Hehehe.. Aku pun takde apa nak celoteh kan.. so korang enjoy aje lar slideshow kat bawah ni ek.

Switch to our mobile site