Archive for April, 2009

Macam-macam hal..

April 13, 2009

Dah berabuk aku punye blog ni…hahaha. Anyway, minggu lepas aku cuti seminggu. Saje nak abis kan cuti tahun lepas. Lagipun aku kena jaga anak aku sebab wife aku kene handle kursus kat KL 5 hari. Jadilah aku suri rumahtangga 5 hari tu. Nak kata mencabar jaga sorang-sorang tak la sangat sebab masa siang aku still hantar Hadif kat umah babysitter. So, aku jaga time malam je.. setakat nak cuci ngan tukar pampers tu.. dalam kocek lar.. hahaha berlagak gile.

Dalam 2 atau 3 minggu lepas Hadif demam. Sekejap demam dia reda, sekejap panas. 2 klinik aku pegi kat area umah aku, tapi still tak baik, end-up aku gi specialist kat Bandar Baru Bangi. Alhamdulillah sihat. Segala jenis ubat dia dah rasa, ikut mulut ikut belakang….(ikut belakang ni aku tak sanggup buat, hehe). Kesian plak, kecik-kecik lagi dah masuk macam-macam ubat. Tak kira lagi ubat sapu.. al-maklumlah kulit baby ni kan sensitif. Doktor kata dia kene virus infection. Habis belakang dia naik bintik-bintik merah. Anak aku ni pun kuat berpeluh, aku rasa itu lah faktor dia mudah kene penyakit-penyakit kulit ni.



Yang terkini, Hadif kene bisul kat kepala. Orang tua-tua kata kene sawan (bukan sawan yang gila tu)… 2 biji naik kat kepala. Sabtu minggu lepas aku decide bawak dia gi klinik. Doktor cakap kene kuar kan..pastu kene jaga elok-elok kalau tak boleh tumbuh tempat lain plak. Sanggup atau tak ajelah bila tengok darah ngan nanah kuar dari kepala dia. Pergh..kesian beb. Nasib baik anak aku ni hero.. lepas dah balut kepala..leh gelak-gelak plak. Macam tak de pape je.



Bagi aku, itulah cabaran dan dugaan bila menjaga anak. Ada masa.. happy, ada masa kene bagi perhatian sepenuhnya. Tapi best owwh bila ada anak sendiri ni. hehehe.

Formula 1 2009

April 7, 2009



Switch to our mobile site