Assalamualaikum WBT.
Dah lama tak update blog ni..Sibuk dengan pelbagai urusan. Dari selatan ke utara kemudian ke selatan semula. 2 perkara yang sedih berlaku pada aku minggu lepas. Pertamanya pemergian Haji Ismail B. Man ke rahmatullah iaitu Tok Wan aku. Tok Wan meninggal dunia dalam lingkungan 90an kerana sakit tua. Pada hari aku mendapat panggilan sedih ni, aku baru balik ke Muar paginya. Pukul 3:30 petang, mak call aku. Pukul 4 petang aku cabut balik KL. Nasib baik bas Muar – KL ni banyak. Pukul 6 , adik aku pickup kat R&R Serdang dan terus ke Cyberjaya. Lepas, amik keta kat ofis, aku terus amik Abah aku kat Airport. Dia aku pegi bercuti kat Bandung dengan mak cik aku. Alhamdulillah, ada flight dari Bandung ke KL pukul 5 ptg. Lebih kurang pukul 8 Abah aku sampai, aku terus shoot balik Klang amik Mak then terus ke Bagan Serai.
Hari tu, aku memang tak cukup tido. Terpaksalah berhenti banyak tempat, tido, isap rokok, basuh muka, minum..finally aku sampai lebih kurang pukul 2 pagi. Dah ramai adik beradik mak aku yang sampai termasuk la cucu cicit Tok Wan.
Tok Wan aku ni jenis peramah, melawak dan suka menyakat. Cakap je Wan Mi, sape yang tak kenal. Tok Wan aku ni konduktur bas masa muda-muda dulu..jadi memang ramai yang kenal dia. Mak aku penah cite, Tok Wan penah sakat sorang Aci yang naik bas dia. Dia ikat sari tu kat kaki kerusi. Korang bayangkan la kalu Aci tu nak turun bas. Kalu ngan orang lain dia leh sakat, apatah lagi ngan cucu-cucu dia. Lagi satu cite, Tok Wan aku penah masuk sungai ngan bas yang dia naik kat Pekan Tanjung Piandang. Yang aku dengar cite, driver bas nak mengelakan dari kelibat orang..so terus tersasar ke sungai. Wallahhua’lam.
Lepas pencen, dia berniaga alat-alat bertani macam parang, cangkul, kuku kambing..selalunya Tok Wan berniaga kat pasar pagi. Lepas subuh memang dia dah kuar umah..Aku pun kecik lagi masa tu, dalam umur 6 – 7 tahun. Aku penah ikut Tok Wan berniaga, masa dia guna motor, pastu masa dia dah beli morris minor. Barang memang penuh dalam keta, sebabkan nak ikut sangat, aku kena la duduk teselit ngan barang-barang niaga Tok Wan. Itu je memori yang aku ingat masa aku kecik dulu. Yang bestnya, habis berniaga, Tok Wan mesti singgah kedai mamak kat Bagan pekena mee goreng. Wan memang suka makan mee goreng mamak pastu sebelum balik mesti bungkus apam balik.
Sampai la dia sakit, Tok Wan kene semput dan jadi pelupa.. Tok Wan susah nak ingat walaupun selepas 15 minit kita makan sebelah dia. Dia mesti akan ajak makan semula kalu lalu depan dia. Kadang-kadang tu, kerap kali dia sembahyang wajib lebih dari 5 waktu. Yang dia ingat hanya lah isteri dia, Tok Piah dan sebilangan anak-anak dia. Tok Piah la yang jaga siang malam..Mandikan, papah Tok Wan ke bilik air. Seminggu sebelum Tok Wan pergi, dia demam dan tak bermaya..dia tak banyak merungut atau mintak tolong dari Tok Piah. Ada suatu pagi selapas subuh, Tok Piah terkejut bila Tok Wan takde kat dalam bilik. Rupa-rupanya dia dah berjalan ke katil yang ada dekat ruang tamu depan. Mungkin itu la kali terakhir Tok Wan nak tengok rumah dia. Rumah yang dia tinggal selama lebih 50 tahun. Tok Piah cakap, sebelum Wan menghembuskan nafas terakhir dia nampak seperti cahaya putih yang lintas dalam sekelip mata. Sesudah itu la Tok Wan pergi untuk selamanya.
Tok Wan selamat dikebumikan pukul 10 pagi esok harinya. Tok Wan mahu disemadikan disebelah isteri pertamanya dan dia dah tempah tapak kubur nya sejak isteri pertamanya meninggal. Sudah pastinya rumah Tok Wan jadi sunyi. Takde lagi suara riuh Tok Wan yang melaung nama Tok Piah.
Pada lusanya bersamaan Hari Jumaat, selepas solat subuh aku lelapkan mata sekejap. Aku memang rancang nak balik selepas solat Jumaat. Tiba-tiba mak mertua aku call..Rumah mertua aku kene masuk pencuri pagi tadi. Isteri aku dah menangis-menangis dalam phone. Abis gelang ngan cincin kawen dan tunang kene curi. Adik ipar aku hilang duit ngan jam. Yang terkilannya, adalah duit baby Hadif lebih kurang 500 lebih. Mungkin bukan rezeki anak aku. Jadi aku terus bersiap, terus pergi Muar ngan parents aku. Lebih kurang pukul 2:30 ptg aku sampai. Syukurlah isteri aku ngan Hadif takde pape…itu yang lebih penting. Sekurang-kurangnya bila balik Muar ni, parents aku bole tgk cucu sulong dia.
Yang hadir pastinya akan kembali..Itu la lumrah hidup, tiada yang kekal selain NYA..Setiap dugaan juga datang dari nya. Hidup perlu diteruskan……Al-fatihah.