Archive for October, 2008

Meet Helmi Jr.

October 28, 2008

Assalamualaikum..

Shukur banyak2..semuanya selamat. Pukul 6 petang, wife aku dah dihantar masuk ke labour room. Dia memang dah tahan dah..skejap2 ras nak meneran. Pergh masa ni memang pilu tgk wife aku..nampak sangat sakitnya. Aku hanya mampu tenang kan dia je..setengah jam aku kat dalam ngan dia. Finally doctor terpaksa guna vacum, sebab jantung baby dah lemah. So aku pun kene le kuar, tak leh aku nk tgk wife aku deliver the baby.

Pukul 7:55 petang, nurse bagitau wife aku dah selamat melahirkan baby. Lega…baby kuar 7:36 petang, berat 3.17 kg..berat kan? Wife aku dah pun boleh senyum kiranya semua dah selamat.

So meet my junior.

Waiting…

October 27, 2008

12:39 PM

Hari ni, pagi-pagi lagi aku dah kuar ngan parents in law aku. Wife aku kene tahan kat hospital malam tadi. Doc kata baru bukak 1cm tapi disebabkan ada contraction, dia kene tahan. Bila aku sampai, dia senyum je. Dia kata sepanjang malam tak boleh tido. Sian pulak aku tengok. Baby aku ni suka dok lama-lama kot kat dalam tu…



1:35 PM – 6:00 PM

Lepas Zohor aku gerak gi hospital semula. Masa aku sampai, wife aku tengah jalan-jalan kat wad. Nurse mintak dia banyakkan berjalan supaya baby mudah kuar. Petang tu, dia dah mula rasa sakit sekejap, sememangnya tanda-tanda orang nak bersalin. Tapi bila nurse check, baru 3cm. Itupun dia dah takleh nak baring. Aku memang tak dapat rasa macamana sakitnya, tapi bila tengok muka wife aku memang sayu. Patutlah dalam Islam mengatakan Syurga itu di bawah tapak kaki Ibu. 9 bulan, menanggung sakit. Bila bersalin, lagi perit sakitnya. Masa ni baru la aku sedar betapa susahnya mak aku melahirkan aku dulu. Bila dah besar, aku marah-marah je kat mak aku..ish berdosanya aku ni. hmmm….



Helloooo semua.. Dah lama aku tak update blog ni. Ada masalah teknikal sebenarnya dan aku terpaksa host kan blog ni ke rumah baru. Aku kene pindahkan semua content dan database aku. Kalu nak setup yang baru memang senang, disebabkan aku nak letak balik post dan comment2 lama aku, kene la buat keje rumit sket. Tukar itu, tukar ini.. Nasib baik boleh restore database lama tu. phewww..

Awal bulan Syawal aritu, adik aku bertunang dengan pilihan dia, Khairul. Diaorang ni sama-sama belajar kat Jepun. Khairul ni orang Pontian, kiranya mak aku dapat lagi sorg bakal menantu orang Selatan. Bukannya apa pecah kan tradisi sket la, asyik utara je..hehehe. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar..

Oklah, korang komen ler gambar2 aku ni ek..








————————————————-

Any enquiries or appointment, please contact:
Mohamad Helmi Khusaini
012-6179484
helmi.khusaini@gmail.com
YM: helmi113

PPJ Raya Potraiture 2008

October 10, 2008

Yey Yey Raya..

October 8, 2008

Aku rasa masih belum terlambat lagi aku nak ucap Selamat Hari Raya walaupun dah masuk 7 Syawal. Selamat Hari Raya!!!! Raya tahun ni aku masih raya kat Muar, kiranya dah dua kali ler aku menyambut Syawal kat sana. Nak ikutkan tahun ni aku raya kat Klang. Disebabkan adik aku bertunang minggu raya tu, kene la aku beraya kat Muar dulu. Lepas-lepas ni 2 kali la raya kat Klang plak..takpun balik umah Tok Wan aku kat Bagan Serai. Papepun, Alhamdulillah aku selamat sampai dan selamat balik. Hari Isnin tu aku keje lagi, lepas je berbuka baru aku gerak. Jalan pun tak berapa jem, kira “smooth” ler dari Nilai ke Muar walaupun keta banyak.

Kalu kat umah mak atau Tok Wan aku, ketupat daun palas kira wajib la, takpun pulut kukus. Aku selalu panggil lemang kukus sebab dah macam lemang rupanya. dah lama gak aku tak rasa ketupat daun palas. Ketupat yang biasa ni jarang sangat, bila balik Muar baru la rasa ketupat. Lagi satu Sate, salah satu kemestian, cuma tahun ni Mak Mertua aku tak buat banyak. Penat dia kata, itu pun sebab boss dia suruh buat so dia buat la jugak.



Anak buah belah wife aku ni boleh tahan ramainya. Bila balik raya macam ni memanglah meriah, ramai pakcik makcik, sepupu-sepapat dia yang balik. Itu pun tak cukup “corum” lagi ada yang balik umah mertua. The more the merrier.



Raya kedua selalunya orang kampung akan buat Marhabban dari rumah ke rumah. Dari pagi sampai la petang. Pada masa yang sama bersedekah untuk amal jariah dan mengeratkan sillaturrahim. Memang penat, balik terus tido ajerlah tapi puas. Puas apa? ….Puas makan..mee rebus, mee kari, mee goreng, soto..macam2 la. Ini lah masa untuk tambah berat badan. Nak turun dalam sebulan pun susah, nak naik sehari je. Dan..Sempena bulan yang mulia ni, aku nak mintak maaf ler dari ujung rambut hingga hujung kuku kaki, kosong-kosong kat korang semua samada secara sengaja ataupun idak. Semoga kita dirahmati oleh NYA, Amin. Assalamualaikum.

Switch to our mobile site