Bagi kaki-kaki bola, peminat-peminat EPL pastinya dah tau kehadiran MU ke Malaysia sempena jelajah Asia 2009. Ramai yang berebut-rebut beli tiket dan sememangnya tiket yang telah dikuarkan sebanyak 80 ribu SOLD-OUT. Tak seperti tiket-tiket bagi perlawanan liga Malaysia yang tak pernah SOLD-OUT kecuali game final, itu pun bergantung pada team negeri mana yang bertanding. Tak lepas juga pas latihan yang diberi PERCUMA kepada pembeli-pembeli tiket habis DIJUAL.
Dan aku…….salah seorang pembeli tiket percuma ni. Walaupun aku ni bukannya penyokong MU, walaupun aku pakai baju MU yg dibeli oleh adik aku kat jepun, walaupun aku sokong CHELSEA..aku tetap gak nak datang. sebabnya aku nak shoot gambar diaorang lar… bukannya senang nak dapat shoot. Kalau setahun sekali datang Malaysia takpelah kan.
Aku bangga dengan pemain Malaysia untuk perlawanan pertama ni. Dengan keputusan 3-2 bagi aku dah agak baik..walaupun Malaysia ni sentiasa tewas kat negara jiran sendiri seperti Thailand, Singapura dan Indonesia. Memandangkan penjelajahan ke Indonesia dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan ATAUPUN, Sir Alex Ferguson tak puas hati ngan pemain Malaysia, perlawanan kedua akan diadakan pada hari Isnin 20 Julai 2009. Adakah Malaysia akan menewaskan MU?? Jadi kita tunggu ajelah.. korang layan je dulu gambar yang tak seberapa ni.























































































































