Archive for the ‘Model shoot’ Category

Aktiviti Bulan Puasa

September 3, 2009

Salam semua…

Erm..dah 13 hari berpuasa. Tinggal lebih kurang 2 minggu lagi nak raya. Tahun ni aku raya Muar lagi lah. Dah tiga tahun nampaknya raya kat sana sebab tahun ni parents aku nak beraya kat Jepun nak gi beraya ngan adik aku yang tengah study kat sana. Takpe-takpe..untuk raya yang akan datang aku cover la balik. Kasi chance dulu..

Masa bulan pose ni, takde lar nak buat aktiviti amik gambar kat luar tu.. bukannya apa, aku ni cepat haus. tercabar plak iman karang.. jadi baik duk umah. shot je kat dalam umah. Masa ni lah nak try main ngan off camera flash.. Hasilnya tak la bagus sangat.. kene study lagi. Apa-apa pun korang boleh comment utk aku improve lagi nex time… Chiawwww.

Street Portraiture 2nd series

February 21, 2009

Assalamualaikum.

Hari Ahad sebelum shoot LTDL, aku, Kerul, Zayd ngan Chot join shoot Street Portraiture organized by Faizal Sharif. Outing ni untuk student2 Faizal dari Unikl MIAT, aku ni menyibuk aje. So aku kuar awal, sebab aku tumpang keta Chot smpi Central Market. Sementara nak tunggu Wazari, Sumardi, Amwantan, Agen dan geng2 lain, aku layan dulu roti canai plastik ngan telur 2 biji kat kedai mamak sebelah CM. Lebih kurang pkl 10 pagi baru mula shoot dari area CM sampailah area Petaling Street. Lebih kurang pukul 1, tekak dah mmg kering, penat mmg penatlar, tapi bila dah pegang kamera ni, terus lupa. Nak cite banyak2 pun aku tak reti sangat. Jadi….

Kepada organizer, terima kasih banyak2 walaupun tak dijemput aku gi je..dan juga Aina & Najwa. You girls are rock!!!

DSC_0007 copyDSC_0025-1 copyDSC_0065 copyDSC_0071 copyDSC_0118 copy
DSC_0115 copyDSC_0199-1 copyDSC_0199-1 BW

Switch to our mobile site