It was a great experience when I was in Japan. Me and other 2 collegues has been sent to Tokyo for 1 month training. It was best opportunity and i haven’t think of before. For me it’s good enough if i can go to Aussie..haha. Just wanna share the experience and hope you guys can enjoy my video from amature videographer
Apa nak jadi lar ngan blog aku ni. Asyik tak update je..wahahaha. Bukannya malas nak update, sejak 2 bulan lepas aku sibuk ngan keje harian aku. Maklumlah tempat baru, bos baru jadi aku pun orang baru kat situ. Kena lar tunjuk baik sikit..hehehe. Nanti tak confirm payah plak aku.
Sebenarnya dah sebulan aku kat negara matahari terbit, Jepun, Nihon atau pun Nippon. Dari sebelum world cup start sampai ke final aku kat sini. Tapi aku tak lar sokong Jepun. Orange pun tak La Roja pun tak. Team aku, kalah ngan German. Kalau menang team aku ni mmg korang dapat tonton Legend ni lari berbogel..hahaha. Anyway, tahniah untuk Spain yang sememangnya layak menjadi juara. Belanda pun tak kurang hebat, tapi sayangnya serangan tak berapa tajam untuk perlawanan akhir tu. Yang paling tajam ialah Paul. Sape Paul, korang cari sendiri. Apa yang dia pilih semuanya tepat. Leh keje ngan bookie lar.
Selama sebulan aku duk kat Tokyo ni, sempat jugak lar aku pergi jalan-jalan. Tak semua tempat aku dapat pegi, antaranya Mount Fuji ngan Universal Studio kat Osaka. Sebabnya waktu yg pendek dan faktor cuaca. Sekarang ni musim hujan, selalunya dalam bulan Mei hingga bulan Jun. Lepas tu baru la mula musim panas. Jadi kalau gi Mt Fuji sekarang ni pun tak nampak apa. Sepatutnya company aku ni hantar lar time musim bunga atau luruh kan..best sket. Nak gi Osaka,jauh plak..cost pun tinggi. Jadi aku pegi je lar yang dekat-dekat Tokyo ni. Salah satunya tempat yang paling best aku gi Disney Sea, memang best gila arghhh. Tak puas jalan satu hari, sebab aku tak dapat masuk semua show kattheme port yang ada kat sana. Tak sanggup nak beratur lama-lama, rugi masa plak nanti. Kalau korang ada duit nak datang Tokyo, make sure lar datang Disney Sea ni, tak rugi punya.
Aku memang salute dengan orang jepun ni bila bab-bab hygien. Lepas makan mesti gosok gigi. Jarang aku tengok kat orang laki kat Malaysia ni gosok gigi lepas lunch. Tapi kat sini, dah macam routine, tapi gigi diaorg tetap gak kuning sebab kuat minum kopi…hahaha. Pilih je nak kopi apa kat vending machine tu. Setakat kopi starbuck tu bersepah jual kat convenient store. Pastu, memang susah nak tengok sampah ngan putung rokok kat jalan, even kat lorong belakang kedai pun takde. Memang bersih. Kalau nak isap rokok, cari lar tempat yang boleh merokok. Tong sampah pun jarang nak nampak kat jalan raya, nak buang simpan je dalam poket dulu pastu korang buang lar kat umah.
Semalam (11/07/2010) diaorang baru pilihanraya. Tapi nak rasa macam pilihanraya pun, takde pun kecoh kat TV ni. Takda perang poster. Membazir kot. Lain cara orang jepun berkempen , calon pergi kat tempat-tempat awam, then berkempen. Pasang speaker kuat-kuat. Kalau nak rasa nak dengar berhenti, kalau tak nak jalan je. Pastu berkempen naik keta cam org nak jual tilam tak pun apek-apek yang beli surat khabar ngan bateri lama. Tapi calon-calon ni tak kisah pun walaupun takde orang nak dengar. Diaorang tetap bagi speech. Kat situ dah nampak berapa gigihnya orang jepun ni. Polis pun takde nak kacau.
Macam-macam aku nak cite, tapi tak larat nak taip. hahaha..Tak sabar plak nak balik Malaysia, rindu makanan Malaysia, rindu kat anak bini aku.. hahaha. Baru gi sebulan. Aku takde lar souvenir utk korang. Aku hadiah kan gambar-gambar yang aku amik jelar. Maybe masa korang tengok ni sket je, tapi aku akan update lagi, jadi selalu-selalu lar jenguk blog aku ni ek.
Arigato Gozaihmas. Sayonara.
Note: Please use the slider to view below pictures. Thanks.
Macam biasa, dah lama tak mengemas blog aku ni.. hampir sebulan gak lar kan. Ok, this time aku shot utk couple Fizah dan Radzi kat Gombak. Aku jadi second assistant to Kerul Shukor yg mana majlis akad nikah dah sanding dilangsungkan pada hari yg sama. Sememangnya penat kalau ada 2 majlis pada hari yang sama. Antara sebabnya ada lah masa yang terhad antara majlis akad nikah dan sanding. Sebaiknya jika korang nak buat 2 majlis dalam masa satu hari, seeloknya rancang dari awal dah ikut rancangan yg dibuat. Kalau lambat dari awal majlis, maka lewat lar segala aturcara yang berlangsung kemudiannya. Tapi alhamdulillah majlis ni berlangsung dengan lancar. Fizah ngan Radzi pun sempoi and easy to work with. Selamat Pengantin Baru utk korang berdua.
I was invited by Nazim to shot this couple for fun last weekend. We did in KL where we plan to shot urban concept. Elle was Nazim’s ex-client for her wedding and actually we are working at the same place. But Elle does not know me since i was not a handsome………… but i’m good looking.. wink!! hehehehe.
So we started at Pavilion pavement with few shots then we move inside the shopping complex. It was hot that day even it just around 10AM..”global warming hah…”. The couples had their brunch and the restaurant owner give us a permission to shoot inside his premise..hehe..was lucky that day..but only a few minutes then we were chased by the security guard. So we drive to Tasik Perdana and took few shots before rain.
Anyway, thanks to Nazim for inviting me, Wan & Elle for spending time with us and also Faizul for holding the reflector for me and catch the video. Okey enjoy..