Coming Soon – Mum & Fakhri

January 29, 2010

Hisham & Nurul

January 25, 2010

Aku kene update gak..dah lama sgt ni simpan..hahaha. Sekarang ni tengah siapkan album diaorg. Oh lupa plak..couple ni sebenarnya adik ipar aku, Hisham. Majlis berlangsung kat Parit Keroma, Jalan Dato’ Haji Kosai, Muar. Bila cite pasal Muar, trademarknya mesti lar Mee Bandung Muar. Korang pernah cuba.. kalau tak pernah korang dtg lar sini. Tempat yg aku pernah pergi kat Bazaar tepi Sungai Muar, tingkat atas..memang sedap. Bukan mee bandung tu je yang sedap, asam pedas JJ (Jalan Joned) pun leh layan.. marveles. Apa yg menariknya, kalau korang gi breakfast pagi2 kat Muar ni, korang boleh breakfast satey.. Mmg janggal lar bg aku sebagai org luar..selalunya satey ni makan time petang ke mlm ke kan.. Ini pagi2 dah gigit satey.. Korang boleh try kat kedai depan terminal bas..aku lupa nama kedai tu, yg specialnya ada air peach..best wei..serius. Ada lagi satu..Murtabak Singapore kat Jalan Kesang sebelah Petronas. Memang puas hati punya lah.

Macam tu gak lauk kenduri..biasanya nasi minyak kalau kat KL ni.. Tapi kat sini Nasi Beryani Gam.. Pakcik sedara belah wife aku ni mmg biasa masak utk kenduri kawen. Bukannya kat Muar je yg aku dengar dia masak..sampai ke Banting pun dia masak..punyelah hebat. Biasanya org-org dia akan masak pada waktu malam hingga ke pagi. So pagi tu dah clear pasal hidangan..tuan rumah tak perlu risau dah..tinggal makan je..

Sebab tu aku suka jadi wedding phorographer ni..salah satu sebabnya aku boleh merasa hidangan yg sedap2 selain dapat tengok tempat org..Hah ni ada lar sejemput dua gambar yg aku bawak dari sana buat santapan korang. Salam.



















Pertunangan Arnieda

December 24, 2009

Assalamualaikum,

Baru nak upload gambar Arnieda. Ini je yang sempat aku letak dalam blog aku ni. Sekarang tengah bikin dia punya album. Alhamdulillah, rezeki bulan 12 ni melimpah-melimpah..maklumlah ramai yang pilih hujung-hujung tahun nak kawin atau bertunang. Yang mencabarnya, bulan Disember ni selalu hujan.. cuaca pun mendung je. Jadi kebanyakan fotografer shoot outdoor dalam bangunan je lar.. kira indoor la kan?

Masa shoot Arnieda ni paling mudah kerja aku sebabnya dia mmg pandai nak pose..nak plak adik dia Amira dan member dia kot. Tiga-tiga suka bergambar.. aku tak payah nak suh diaorg ni pose..any way you girlss are rawk.. senang keje den.

Kalau ada masa lagi aku upload gambar diaorg kat sini. Sila lar menjamu mata.






Arnieda Engagement Teaser

December 6, 2009

Selamat Pagi Cikgu..

December 2, 2009

Assalamualaikum..

Entry aku kali ni pun pasal konvo gak, pasal sepupu wife aku ni grad diploma KPLI J-QAF minggu lepas. Majlis berlangsung di Dewan Sri Siantan Perbadan Putrajaya dan ada 2 sesi pagi petang. Masa ni pun aku off day, so takde apa nak buat gi lar mengofferkan diri jadi tukan amik gambar. Aku pernah apply KPLI sebelum-sebelum ni, tapi takde rezeki aku…tahun ni plak MOE tak iklan kan pengambilan untuk tahun depan sebab diaorang nak serapkan calon simpanan yang ada.

Aku pernah jadi cikgu..cikgu ganti ngan cikgu sandaran.. bukannya sandarkan pada kenangan lagu Jamal Abdillah tu. Aku keje masa semester break dan masa aku lepas grad..masa tu nak dapat keje dalam bidang IT memang susah. So keje lar mana2 dulu..Aku mengajar sekolah rendah je. Subjek pun yang senang-senang macam BM ngan lukisan..hehe, kacang kan. Yang paling mencabar sekali masa aku mengajar murid-murid pendidikan khas.. Memang mudah sebab ko ulang lar ABC 123 tu berminggu-minggu, tapi kena sabar..macam-macam kerenah. Kalau tak monitor, silap-silap keluar ke jalanraya, panjat pokok, panjat bangunan sekolah.

Orang kata mudah jadi cikgu ni, sebenarnya tidak. Waktu kerja pun setengah hari. Kalau takde intention nak mendidik anak bangsa kita ni, baik cari keja lain yang boleh masuk kepala. Cikgu ni bukannya mengajar je.. prestasi murid-murid kena monitor, tingkah laku, makan minum..pastu perancangan mengajar, prepare kertas soalan, ko-kurikulum, handle acara-acara tahunan sekolah. Banyak kan..Itu tak termasuk masalah ibubapa murid-murid. Itu tak boleh ini tak boleh..tapi nak anak jadi pandai. Cuit sket dah nak saman naik Court. Sebab tu murid-murid sekarang dah kurang rasa hormat pada guru-guru. Dulu aku sekolah kat sekolah mak aku mengajar. Zaman tu tak kira lar ko anak sape pun, bila dah buat salah, tetap kene rotan. Aku memang ingat lagi Cikgu Bahasa Inggeris masa darjah Tiga, kalau waktu dia je memang satu kelas ketar lutut. Kalau salah je kat latihan yang dia bagitu tu..perghh tadah tangan aje lar.. zasss ngan rotan halus dia..

Ok lar, macam dah lama je aku menaip ni. Enjoy..













Konvokesyen GMI

November 18, 2009

Assalamalaikum..

Finally, after 3 years studied in GMI my brother got his diploma. Congratulation to him which had his Diploma in Production Technology last weekend. I don’t know much about this course. It more focus to mould technology and concentrate to modern fabrication activities.. senang cite buat acuan lar, plastic or metal dan lebih kepada industrial practical.

The event, only took half day, isn’t like my graduation day which is took 3 days. Yelah, kat U course banyak, students pun ramai. Tengok muka adik aku.. boleh nampak lar dia punye happy. Siapa yang tak happy, aku pun sama. 3 tahun belajar + enjoy..haha. Aku dulu main banyak dari study. Sebab tu aku tak dapat First class. Layan merempit, bikin motor je. Gi Alor Setar malam-malam layan rempit ngan mat-mat rempit Aloq Setaq. Last2 motore aku hilang kat Shah Alam. Itu je lar salah satu Honda yang aku ada dalam hidup aku.

Llife masa belajar ni best. Kalau ada lar time machine..aku nak balik ke zaman ni. Kepala tak lar nak pike macam-macam sangat. Hari-hari layan game, pastu copy video clip, layan movie…hahahaha. It was really fun and enjoy. But life must goes on, nothing is easy. Opportunity only come once and but rare happen to be twice. So if you have chance to study, grab it and do it seriously. Bak kata ustaz kat surau aku, “Ilmu lah yang akan melindungi kita bukannya harta benda”.

So setakat ni aku masih mengejar ilmu fotografi, tak lar pandai mana pun amik gambar.. harta tu tak lah banyak macam Donald Trumph. Harap korang leh lar comment gambar-gambar aku yang tak seberapa ni.














Perbezaan Ilmu dan Harta

Suatu hari Syaidina Ali a.s ditanya tentang perbezaan antara ilmu dengan harta, lalu beliau menjawab seperti berikut:-

1. Ilmu adalah warisan dari nabi-nabi sedangkan harta adalah warisan dari Firaun, Syidad dan Namrud.

2. Orang yang berilmu banyak mempunyai kawan , sedangkan orang yang berharta akan banyak musuh.

3. Ilmu kalau di berikan kepada orang lain ia akan bertambah, harta jika diberikan kepada orang lain pasti akan berkurang.

4. Orang berilmu disebut “kariim” (mulia), sedangkan orang kaya disebut “bakhil”(kedekut)

5. Harta mesti dijaga takut dicuri atau hilang, Ilmu dia akan menjaga kita.

6. Orang yang berharta akan dihisab, sedangkan orang berilmu mendapat syafaat.

7. Harta pasti akan rosak dimakan zaman, sedangkan ilmu tidak.

8. Harta akan mengeraskan hati, ilmu akan melembutkan hati.

9.Orang berharta akan mengaku sebagi tuhan, orang berilmu pasti akan mengakui dirinya hamba Allah SWT.

dicatat oleh drs. khalil idham lim